Ingat tak pasal post saya yang lepas berkenaan guest house? hehe … Alhamdulillah, saya dah sewakan nya. Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya yang baru berjinak dalam bidang hartanah.

Baru sebijik tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Ramai yang takut-takut untuk memiliki rumah seperti saya pada awalnya. Bagi saya selepas melihat gaya org cina ber”shopping” hartanah maka saya tak boleh kalah. Pengalaman saya, walaupun mampu beli subsale tapi hanyalah subsale rumah murah…. contoh seperti flat. Downpayment hanya bawah RM15,000 untuk rumah yang berharga RM150,000.00. Tetapi itu tidak termasuk bayaran guaman tau. Jadi dari situ saya teragak-agak dalam membeli rumah tu. Duit hanya cukup2 makan.

Pada tahaun 2013, alhamdulillah Allah s.w.t memberi peluang yg luas untuk saya. Tengah-tengah bekerja, tetiba dapat satu massage dari whatsapp masuk. Iklan MKH Boulevard. Service apartment ini sangat hampir dengan rumah mak saya. Saya sangat familiar dengan kawasan tersebut yang terletak berhampiran dengan bandar Kajang. Selain itu, ia juga terletak berdekatan dengan stesen KTM Kajang & MRT jalan reko kajang. Iaitu stesen terakhir line Sg.Buloh-Kajang.

Di dalam iklan tersebut telah dinyatakan tidak perlu downpayment dan hanya RM5000 sahaja untuk booking fees. Saya terus menghubungi nombor yang tertera. Walaupun kecewa kerana tidak dapat fasa pertama, maka saya masih berpeluang merebut fasa ke dua. Hati saya terus melonjak gembira apabila mendapat tahu masih mempunyai 1 unit terakhir untuk fasa kedua. Sebenarnya dah ada orang booking pakai mulut dan saya berdoa yang orang tersebut tidak dapat datang pada masa yang ditetapkan. Apa lagi semasa “lunch hour” saya terus bergegas ke bank untuk keluarkan duit ASB dan masuk ke akaun peribadi.

Saya berterus terang dengan bos untuk merebut rumah. Alhamdulillah dia benarkan saya balik seawal pukul 4.00 ptg. Memang jarang saya pulang seawal tu. Kebiasaannya saya pulang pukul 7mlm-8mlm.

Setibanya di sana, saya hubungi ibu saya untuk menemani saya membeli rumah. Yelah saya tetap perlukan komen ke-2. Aprtment tersebut setinggi 32 tingkat dan saya memilih tingkat ke-28. Serious saya tak pernah duduk di rumah yang tinggi. Rumah mak saya landed house. Sejujurnya ibu-bapa saya agak terkejut dengan tindakkan saya. Tetapi mereka lihat saya sudah bersedia akan hal ini. Maka tiada halangan dari pandangan mereka.

Saya tidak memikir panjang, kerana deposit boleh di kembalikan. Dan terus booked rumah tersebut. Rancangan asal saya nak sewakan rumah tersebut atau pun buat rumah guest house.  Sewaktu membeli rumah tersebut adalah pada tahun 2013. Sewaktu itu, saya tidak percaya yang saya boleh sewakan rumah satu bilik dengan harga RM1000.00 sebulan. Mungkin paling mustahil adalah RM500 kot. Tapi takpe. semua itu saya boleh cover yang penting saya perlu memiliki hartanah sebagai pelaburan.

Walaupun saya sudah meletakkan wang deposit. Saya masih tak boleh tidur malam. Kepala saya asyik memikirkan betul ke tindakkan saya? Jadi saya mencari info berkenaan property tersebut di forum. Feedback memberangsangkan dan banyak idea yang saya dapat di dalam forum tersebut. Baru saya sedar ada sesetengah orang melihat hartanah sebagai “medan shopping” mereka. Dari situ timbul minat untuk mendalami lagi bidang ini.

Pada Nov 2016. Alhamdulillah rumah saya dah siap dan telah di serah hak milik. Nak lihat hasilnya…. jom tengok gambar ini.

Alhamdulillah rumah ini seperti bertaraf hotel. Walaupun harganya tak sampai RM280,000.00. Serah hak milik pada hujung akhir 2016, pertengahan Nov 2016 sudah ada orang yang mencari rumah sewa untuk apartment ini. Sebagai permulaan saya perlu membelanjakan Sebanyak RM1700.00 untuk 2 kipas dan semua lampu. Saya juga menyediakan langsir kosnya RM850.00. Untuk permulaan saya memang sesak sebab duit gaji cukup-cukup makan sahaja selepas bayar semua komitment saya.

Awal December 2016 penyewa baru sudah pun berpindah masuk dan saya mendapat wang diposit. Boleh lah cover balik duit yang kita dah keluar tadi.

Dan kini saya boleh hidup dengan selesa. owh… ye saya masih tinggal dengan mak saya…. still single. hehe