Assalamuaikum….

Hari Selasa, Tarikh 31 May 2016….

Penting tarikh nie….. Tarikh tamat perkhidmatan Quantity Ssurveyor di Cantilever Sdn Bhd…. setelah berhempas pulas bekerja selama 5 tahun akhirnya dapat bertemu titik kepuasan.

Pelbagai-bagai cabaran dah ku tempuh. Sukar untuk diceritakan atas sbb takut digelar Riak & takut spekulasi org berbeza. Jadi saya coretkan disini sebagai kenangan kehidupan.

Jawatan saya tidaklah hebat sangat tapi hanya ada cabaran yang hebat dari hari demi hari membuatkan diri ini ketagih dengan kerja…. apatah lagi bile diberi ganjaran yang setimpal dengan penat lelah….

Kehidupan tidak semudah yang disangka. Semua bermula dengan usaha. Usaha hasil daripada sikap/attitude … maka jadilah ia resepi kejayaan…. Itu yang saya percaya dan itulah laluan saya. Sikap ini merangkumi sikap kita sesama manusia, sikap kita dengan Tuhan, sikap kita dengan persekitaran. Kalau ada ketiga-kita nie, insya’Allah dengan izin Allah S.W.T maka jadilah seperti Datuk Alif Syuki, Dato Seri Vida, Datuk Yusuf Haslam, Tan Sri Mokhtar dan lain-lain….

Saya pernah give up ditengah jalan…. 31 April 2013 saya berhenti seketika (2 bulan)…. kalau kita berhenti atas sebab seseorang yang kita tak suka, ia hanya alasan yang menipu diri sendiri….. saya pernah merasai perasaan itu. Apabila berhenti, hari-hari terakhir, rasa x puas hati kenapa berhenti hanya disebabkan seseorang? suka bekerja tetapi  terpaksa berhenti sbb x der cara lain lagi nak pergi jauh….

Setelah sebulan berada ditempat kerja baru …. baru terasa kehilangan jiwa…. sbb ketagihan kerja lama masih terbayang-bayang…. walaupun di tempat kerja baru memberi tawaran yg extra vaganza hebat berbanding Cantilever seperti start kerja 9.00pg – 6.30ptg ( Balik Tepat) … distance dari rumah just 3 minit perjalanan… x der traffic. Sabtu & Ahad x kerja…. tetapi ak sedar yang ak sebenarnya dalam kekalahan…. “kalah”? Perasaan kalah sbb tak mencuba untuk berusaha lebih….. dan waktu itu baru terasa yang ak hanya melarikan diri daripada kelemahan….. dalam merasa perasaan seperti ini, baru terbangun dan nak hadapi semula kelemahan-kelemahan itu…. Sedang dalam dilema, tiba-tiba dapat panggilan dari ex-bos, terus ckp nak masuk semula…. (walaupn pernah call 2-3 kali)

Memang ramai yang bantah keputusan ini, terutamanya daripada famili termasuk sepupu ak sendiri…. kawan2 rapat cakap ak gile…dan sangat gila…. sbb nak masuk semula kat sana…. gaji pula kembali ke asal… hilang semua nikmat 2 bulan tersebut….. hanya sebab tak puas hati dan tak cuba berusaha…. kalau ak biarkan keadaan ini, itulah kelemahan yang sebenar.

Alhamdulillah setelah 3 tahun memberi pulang pada diri sendiri untuk mencuba berusaha dan tempuh semua masalah… saya dapat atasinya bahkan saya boleh pergi lebih lagi dengan berhadapan dengan Klien-klien besar seperti CEO, Director dan lain-lain dengan penuh rasa keyakinan…. biarlah jawatan saya hanya QS bukan executive, atau senior tetapi pengalaman yang penting. Itu yang aku cari selama ini…. dan perasaan keluar kali ini adalah perasaan yang puas….  dan sekiranya saya keluar, saya boleh contact lagi klien-klien untuk hubungan professional yang berterusan. Alhamdulillah itu yang saya dapat daripada Cantilever.

Cabaran 2013 – 2016 bukan sesuatu yang mudah…. Contract + tender & Site QS (3jobs in 1). baru setahun handle Projek Persimpangan Bertingkat Di Sek 7, Shah Alam, Co-worker resign, patah sebelah tangan, April 2014, semua site engineer resign, patah lagi sebelah tangan….. kudrat kene bertambah, Isnin – Sabtu bekerja dengan goal untuk melihat sejauh mana kemampuan saya…. Sabtu ptg – Ahad masuk kuliah sebab buat part time study ambil degree… Owh malam kalau hampir2 habis sem, sebuk dengan assignment… Test lagi dan Final Exam… Disebabkan x der Site Engineer tambah lagi satu tugas… dapatkan Approval dari authorities, so kene lah liaise dgn beberapa authorities seperti MBSA, TNB…. fikirkan strategy untuk dapatkan approval, siapa yg berkuasa (main politik sikit)…. kejar payment dengan client sprt MBI, PKNS Infra….. disamping itu berlawan untuk dapatkan kelulusan VO…. VO mmg kene pandai main strategy, analysis & psychology…. nie belum lagi ak bercerita pasal subcon pernah smpai meningking2 lawan…. tahun 2015 pula kene handle 2 projek sorg-sorg terkejar sana-sini…  Tapi semua ini jadikan ia satu pengalaman yang berharga…. sbb dengan adanya pengalaman ini menjadikan kita puas dan yakin untuk mengahadapi cabaran yang akan datang….

P/S= Walaupun dah tamat perkhidmatan tetap ada on call untuk attend meeting sbb projek saya sorg jer handle sape yang nak closed account? hahaha…kang  x pasal-pasal budak baru kene baca A-Z hanya untuk close account….

Sekian dari saya.

Anisah Yusof