ASSALAMUALAIKUM W.B.T…

WOW!… lamanya saya tak update entry… bertahun-tahun sudah sampai saya lupa saya ada blog!… hehe

Bila buka blog alhamdulillah kenangan tahun 2009 dan 2010 masih tersimpan dalam entry-entry saya sebelum ini.. Biasalah memory manusia hanya boleh menyimpan sebahagian daripada apa yang berlaku dalam setiap peristiwa. Jika kita mencatit setiap apa yg berlaku pada waktu tersebut, setelah bertahun2 kemundian kita membacanya semula,  memori kita bole roll balik seperti wayang yg memainkan filem. Keriangan dan kenangan dahulu masih boleh dirasai. Alhamdulillah besar ciptaan Tuhan ni…

Ia dipanggil maklumat jangka panjang, yang bermaksud maklumat yang telah di simpan dalam tempoh yang lama. Sebenarnya maklumat ini kekal, cuma untuk mengingati nya semula agak sukar kerana kelemahan mengingati kembali (memori recall) maklumat tersebut dari gudang ingatan jangka panjang. Walaupun ia tak luput, tetapi mengambil masa untuk mengingati kerana sudah terlalu lama tidak digunakan. Oleh sebab itu, saya lupa yg saya pernah ada blog. Dengan mencatat  apa yang berlaku, ia akan memudahkan proses memori recall. Apabila kita mencatat setiap kenangan Alhamdulillah ingatan yg dahulu dikembalikan… hehe

Jadi teruskan berkarya…. bermula tahun 2015… Ini saya akan mematangkan penulisan saya. Kini saya sudah berusia 28 tahun… apabila saya membaca entry2 saya yang sebelum ini, waktu tu saya berumur 22thn…. Wow cepatnya masa berlalu.

otak-example

10-perkara-yang-merosakkan-otak-manusia-sq