Dubai Metro

Sentuhan Malaysia dalam Dubai Metro

Oleh Arshad Khan
(Yang mengikuti lawatan LCL Corporation Berhad baru-baru ini)

Dengan terbinanya prasarana bernilai RM26.6 bilion itu, Dubai Metro bakal menjadi sistem tren Metro terpanjang didunia mendahului tren yang sama iaitu Vancouver Skytrain, Kanada.

Dubai bukanlah satu nama yang janggal dalam peta dunia kerana bandar raya ini menguasai sebahagian besar kek ekonomi di Timur Tengah khususnya di kalangan Negara Teluk dan Tanah Semenanjung Arab.

Bandar raya paling popular di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini, menjadi tumpuan pelabur seluruh dunia untuk memanfaatkan potensi ekonomi dalam sektor hartanah, pelancongan, perkapalan, pendidikan, kesihatan, dan perbankan.

Konglomerat seluruh dunia merebut peluang untuk bertapak di Dubai kerana lokasi strategiknya di pesisir pantai Timur Laut UAE di Teluk Parsi menjadikannya pusat pelabuhan terbesar di Timur Tengah.

Secara tidak langsung ia mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif di Dubai hasil daripada kemudahan logistik dan kekukuhan sistem kewangan negara itu.

Ia turut menjadikannya hub utama dalam sistem penghantaran global menghubungkan Eropah dan negara di timur membabitkan lebih 200 destinasi global melalui jalan laut dan udara di samping berperanan sebagai bandar raya hab untuk pelbagai jenis perdagangan.

positif

Perkembangan positif itu menjadikan Dubai terus sesak dengan kebanjiran industri baru dari pelabur antarabangsa yang turut melonjakkan permintaan tinggi terhadap tenaga buruh tempatan dan antarabangsa untuk mencari peluang pekerjaan di Dubai.

Akibatnya, Dubai mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk paling tinggi di kalangan negara Arab iaitu 7.8 peratus setahun. Statistik itu bakal menjadikan penduduk Dubai berjumlah 1.722 juta pada tahun depan berbanding 1.596 juta ketika ini.

Walaupun perkembangan ekonomi UAE termasuk Dubai agak perlahan semenjak kelembapan ekonomi dunia, namun ia tidak menjadi penghalang kepada projek-projek utama di negara itu terus bergerak.

Secara keseluruhannya, kerajaan UAE mensasarkan penduduknya berjumlah 5.5 juta orang menjelang penghujung tahun ini termasuk bilangan ekspatriat yang berkunjung dari negara lain dan menetap di situ.

Manakala bagi bandar raya Dubai sahaja, kerajaan UAE sedang merangka prasarana sosial dan ekonomi bagi memenuhi jumlah penduduk bandar raya itu yang bakal mencecah tiga juta dalam tempoh kurang daripada 10 tahun lagi.

Peningkatan drastik jumlah penduduk itu turut meningkatkan permintaan terhadap infrastruktur kemudahan awam di Dubai khususnya sistem pengangkutan yang lebih cekap untuk menjimatkan masa perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas seperti yang berlaku di kebanyakan bandar raya dunia.

Justeru, UAE telah membangunkan sistem pengangkutan awam, rangkaian tren automatik tanpa pemandu (driverless fully automated metro network) yang dinamakan Dubai Metro.

Dengan terbinanya prasarana bernilai RM26.6 bilion itu, Dubai Metro bakal menjadi sistem tren Metro terpanjang didunia mendahului jarak tiga kilometer melebihi sistem tren yang sama di Vancouver Skytrain, Kanada yang hanya berjarak 72 kilometer.

Dubai Metro secara tidak langsung, bakal menjulang nama bandar raya dan negara Islam di mata dunia kerana kemampuannya berada di senarai teratas dalam teknologi prasarana pengangkutan awam berasaskan tren.

kemegahan

Dubai dilihat mencapai taraf maju yang sepenuhnya melalui pelancaran Dubai Metro.

Di sebalik segala kemegahan, kemewahan dan keunikan Dubai Metro, rakyat Malaysia juga boleh menumpang bangga kerana sentuhan syarikat-syarikat tempatan seperti LCL Corporation Berhad membawa “seri” kepada teknologi pengangkutan terpenting di UAE itu.

Sememangnya agak membanggakan apabila kepakaran Malaysia melalui LCL Corporation menjadikan sebahagian besar bahan-bahan yang digunakan bagi mencantikkan 14 daripada 29 buah stesen sepanjang aliran Metro Red Line juga dibawa dari Malaysia.

“Inilah sesuatu yang sepatutnya semua rakyat Malaysia bangga kerana keindahan dan teknologi kita diiktiraf masuk dalam rangkaian tren automatik tanpa pemandu terpanjang dunia,” kata Pengarah Urusan Kumpulan LCL Corporation, Datuk Low Chin Meng.

LCL Corporation bertanggungjawab bagi menjalankan kerja penyesuaian dalaman untuk stesen tren itu dengan kontrak bernilai RM295 juta.

Dan, semasa melawat sebahagian stesen-stesen berkenaan, penulis harus mengakui bahawa LCL Corporation sememangnya telah melaksanakan kerja yang amat baik dan bermutu.

Penyesuaian dalaman yang dilakukan syarikat berkenaan nyata menepati mutu antarabangsa.

Syarikat-syarikat seperti LCL Corporation terbabit dengan kerja pembangunan dan penyediaan prasarana sistem tren Dubai Metro secara tidak langsung ia turut membuktikan pengiktirafan kepada Malaysia dalam projek bertaraf dunia seumpama ini.

Fasa bertama Dubai Metro iaitu bagi jaringan laluan Red Line telah dilancarkan dengan rasminya pada 9 September lalu sempena mengabadikan digit istimewa pada tarikh 090909. Detik bersejarah perasmian itu disempurnakan oleh Timbalan Presiden UAE, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum pada tepat detik jam 9.09 pagi waktu tempatan.

Rangkaian Red Line sejauh 52 kilometer itu (termasuk 4.7 kilometer laluan bawah tanah) membabitkan 29 stesen menghubungkan antara bandar Al Rashidiya dan Jebel Ali merentasi zon komersial paling sibuk di tengah Dubai.

Perjalanan sulung tren perasmian itu dipenuhi lebih 100 orang kenamaan UAE serta beberapa delegasi antarabangsa yang terbabit dengan pembangunan prasarana teknologi tinggi berkenaan.

Keseluruhan perjalanan mengambil masa satu jam pada kelajuan purata tren 110 kilometer sejam dan tempoh persinggahan di setiap stesen antara 20-30 saat. Manakala tempoh perjalanan dari satu stesen ke stesen yang lain pula adalah sekitar 60-90 saat.

Red Line Dubai Metro yang mula dibina sejak 2005, akan menampung pergerakan 62 tren sehari di antara Al Rashidiya dan Jebel Ali dengan kadar tambang maksimum RM5.20 sehala.

DSC00881 DSC00904

Main contractor dalam projek ini adalah company Obayashi. Seri Rong Sdn Bhd telah membekalkan khidmat beberapa Quantity surveyor untuk projek tersebut… bukan sahaja sebahagian QS mereka anak m’sia, bahkan juga sebahagian team construction melibatkan beberapa anak m’sia. seperti site engineer, asstn site coordinator, dan laen2…. hehe~

walaupun aku tak involve dalam projek ini tetapi ak bangga lak… pada senior-senior aku dlm menjayakan DUBAI METRO… caya lah KAK rathma & kak NINA x lupe gak gn KAK TAI CHAI HOONG (betul x ejaan nih?)…. dan laen2… hehe