Macam tidak percaya lak ak dah di luar Malaysia… semua gara-gara sebuah syarikat QS yang suke mnghntar pekerja terbang sana sini… camne ley ak tertarik gan perkerjaan QS lak ak p0n x tau… sbb ak apply bodo2 jer… tetibe je terpanggil dan projek-projek mereka p0n lebey kurg ley membunuh ak lar… tetapi di sbbkan umur masih muda, so enjoy la ke luar negara.

Mula-mula yang timbul di fikiran ak Dubai adalah sebuah negeri dipenuhi oleh org india walaupun terletak di negara UAE. dan juga di fikiran ak… dubai banyak padang pasir dan cuaca yang agak panas bahang. tetapi ak gagah gak… dan set kan minded to be positif…

Rupa-rupanya setelah ak menjejak kaki ke sini, Dubai sungguh di luar jangkaan ak… ak hanya mengenal kemajuan Dubai dengan menara al Burj Dubai… tetapi kemodenan dan pembangunan mereka sungguh di luar jangkaan… Dubai ialah salah satu dari tujuh amiriah yang membentuk Emiriah Arab Bersatu di bahagian selatan Semenanjung Arab, atau bandar utama amiriah ini, kadang-kadang dipanggil “Bandaraya Dubai” untuk membezakannya dari amiriah tersebut.

Apa yang ak kagumi… Dubai sedang pesat membangun…. Dalam perjalanan ke construction site, dari Deira ke Jabal Ali, di kiri kanan ak terpesona dengan bangunan pencakar langit… jika di bandingkan dengan Kuala Lumpur, kita sungguh ketinggalan. Mereka membangunkan bandar secara berperingkat. hanya dalam masa 10 tahun mereka berkerja keras membangunkan Dubai. Biasa la negeri kaya dgn hasil minyak. Dubai dibezakan dari ahli-ahli lain di UAE dengan jualan dari minyak mangandungi hanya 6% keluaran dalam negara kasar….. 4 thn dahulu, tidak ramai yg mampu mempunyai kereta, tetapi kini merata-rata mereka menggunakan kereta, walaupun cara pemanduan mereka ak tak berkenan sgt… kereta-kereta di sini sangat mewah… paling chikai mereka memakai toyota Vios sbb semua teksi menggunakannya… harga kereta pula sanggat murah… harga kereta honda city serupa sebuah harga proton. hanga kereta import paling murah bole dapat 49 000 dhs!!.

barang-barang branded lak mmg murah siket disini jika nak di bandingkan di m’sia, tetapi yang membuatkan kita sengkek harga bahan makanan mereka sungguh mahal… harga barang mentah sesanggat mahal apatah lg makanan yang dah siap masak di kedai… ak pergi kerja pon kene bwa bekal….

yang kedua ak kagum dengan org disini adalah mereka sangat berhemah dengan wanita. wanita di sini tidak keluar dan jika keluar pun bersama suami… jadi semasa ak di marhabah hotel ak berjalan berdua bersama kwn… mmg mereka akn pandang semacam.. sbb kami org asing dan juga kami adalah wanita… tetapi keselamatan bole terjamin… lelaki di sana tidak akan bergaul dgn wanita. byngkan jika di dalam lift, hanya kmi berdua sahaja, lelaki sanggup tidak masuk sbb kami ada di dalam… situasi begini dah 3 kali terjadi. sekiranya ada sesiapa yang mendengar apa2 khabar angin yang menceritakan apa2 yang tidak elok, mmg tidak benar. satu lg yang plg best wanita rase dihargai, apabila semua restaurant akan menyediakan tnmpat khas hanya utk wanita sahaja. Di mana lelaki tidak bole duduk di situ walaup0n restoran itu penuh sekali pun. bukan sahaja di restoran bahkan juga dimana-mana sahaja wanita akn didahulukan… hehe… walaupun di dalam bas.. mmg ada tempat duduk khas utk wanita…jika semua tempat duduk sudah penuh, dan terdapat wanita yg berdiri, lelaki sanggup berdiri untuk membenarkan wanita duduk. situasi dalam bas ini dah terjadi pd senior aku sendiri. apabila jalan ke mana-mana sahaja tetiba terdapat seorang lelaki yang mengekori hanya satu jeritan sahaja boleh membuatkan lelaki itu dibelasah ramai-ramai….

satu lg yg meraik tentang Dubai, Luas Dubai sekitar 4.114km2 dengan penduduknya hanya sekitar 2.262.000 orang dengan majoriti penduduk adalah pendatang dari sekitar 100 negara dari setiap penjuru dunia. Kerana Dubai dihuni oleh banyak bangsa, maka kebudayaannya pun telah beraneka ragam dan dipelbagaikan. Pada awal 1900-an kebudayaan Dubai telah dipengaruhi dengan kebudayaan Iran. Lalu, mulai 1960-an, adat kebudayaannya telah digantikan dengan kebudayaan India dan Pakistan. Kini kebudayaan asing lain turut ikut mewarnai kehidupan rakyat dan masyarakat Dubai. Di Dubai nie dalam 20% je rakyat tempatan. lain-lain semua kaum pendatang. kebanyakkannya dari India dan Filipina. bnyngkan di mana sahaja kita berada bersepah org pinoy. sampaikan dorg ingat org m’sia p0n kaum pinoy gak… kerja-lerja org pinoy dan India seperti org indon dan bangla di m’sia. tetapi kerja-kerja org m’sia adalah kerja profesional… oleh sbb itu, jika org m’sia nak pohon Visa perlu ada salinan sijil akedemik lulusan universiti dan disahkan oleh kementerian pelajaran m’sia sendiri… kerana UAE tidak mengambil org m’sia menjadi kuli.., tetapi mngambil m’sia sbg golongan professional utk bekerja disini. Jadi semua org m’sia disini ada standard seperti org Jepun, british, Australian dll. Apa yang buat X best nyer… bole lak kita org2 melayu kat sini DI COP kat kepala sebagai org pinoy.. jd kita p0n terpalit dan dilayan seperti second class.. adeh…. sedeh… sedeh… org2 sini x suke sangat gn pinoy kerana perangai mereka terlalu soSIAL. mereka x hormat pd negara Islam.

mesti korg pelik…

ke mana org2 temptn dorg… org2 arab semua kaya2… kalo nk jumpe… kene pergi supermewah hypermarket, seperti emirates mall (mall terbesar di dunia), Festival City mall atau al Ghuraiya… dan semua mall yang highclass… (klo m’sia di ibaratkan times square, KLCC, atau pavillion.. mereka x main pergi tesco dan giant)…. kalo di kaki lima penuh dgn org kaum pendatng… byangkan bandar Baraha, Bur Dubai, Naif dan lain-lain dipenuhi dengan org india dan di hiasi dgn kebudayaan India. (klo di m’sia suasana seperti di masjid india) org pinoy lak tinggal kat bandar2… kerja2 org2 pinoy seperti pembantu kedai, admin kerani dan lain-lain. Disebabkan warga tempatan sumua kaya-raya dan tuan2 di negara mereka sehingga tiada org mereka yg snggup bekerja sprti itu, sbb tue mereka terpaksa membuka peluang kepada India dan pinoy… lebih-lebih lagi bayaran mereka murah.

panjang lg kalo nk ceritakan pasal dubai…. next episod lak cerita pasal kerja ak di Dubai….