Khamis-11/06/2009

logo myc

hampa…. frust…. sedih…. penat… itulah yang dapat difikirkan ketika pulang dari Kementerian Belia dan Sukan.

Menubuhkan sesuatu persatuan sangat sukar lebih-lebih lagi apabila direject. saya dan beberapa orang rakan telah menubuhkan satu komuniti belia siber yang dinamakan Malaysian Youth Club. Komuniti ini ditubuhkan pada 24/11/2008. secara rasminya adalah 2/4/2009.

Untuk menyahut seruan kerajaan supaya satukan semua persatuan belia dibawah satu suara, satu komuniti dan satu persatuan. maka kami berhempas-pulas untuk menubuhkan satu persatuan dimana anak-anak muda dapat berinteraksi, berkenalan sesama belia walaupun berjauhan untuk merapatkan lagi ukwah belia-belia yang ada di Malaysia. Memberi idea dan cadangan, melontarkan pandangan serta pendapat dalam sesuatu isu di dalam forum. Walaupun kami hanya berpangkalan di Friendster, tetapi sambutan disana sungguh menggalakkan. kami cuba membuka website, tetapi disana sukar mendapat pengunjung. Maka kegiatan di friendster diteruskan…

Kami sebenarnya bukan direject 100%, tetapi yang hampanya adalah kami tidak boleh menggunakan perkataan MALAYSIA kerana ia dikategorikan di peringkat Kebangsaan. Jika mahu menggunakan juga, kami perlu mencari 6 cawangan di beberapa buah negeri. Ia adalah proses yang sangat rumit dan sukar dilakukan. Memandangkan ia makan masa, dan juga, ahli-ahli yang aktif bersama kami, hanya ada org dari Penang, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Maka dengan ini, kami beralah untuk menukar nama MYC…. sedih sangat kerana MYC dah sinonim dengan hati kami…. MYC dihatiku kini akan terkubur x bernama…..

komuniti kami akn memikirkan nama baru untuk didaftarkan.

jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai persatuan ini… sila layari Malaysian Youth Club.