Tommot? siapa Tommot? apa itu??

Itulah nama kucing adikku… kenapa dinamakan Tommot?? kih3~ jahatkan ak?….. slumber je namakan dia dgn nama yg sgt pelik. Tommot adalah kucing yang paling comot antara adik-beradiknya… 3 ekor yang lain memiliki warna putih hitam atau kelabu putih… sgt comel… tp dia antara warna yg tercomot kombinasi 3 warna iaitu kelabu putih dan oren. Mukanya memiliki belang-belang 3 warna… hehe…. di waktu awal kelahirannya ak sengaja memanggilnya comot… tapi sejak dia meningkat ke alam keremajaan… dialah kucing yg paling nakal antara adik-beradiknya yang lain. abangnya pun kalah kalau berlawan dgnnya… sejak itu ak memanggilnya tommot yang bermaksud kucing tomboi yang comot…. hahahaha

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana kami memiliki kucing-kucing yang comel-comel ini?? itulah anugerah Allah s.w.t. Atas rasa simpati kami terhadap ibunya yang tengah sarat bunting sibuk mencari tempat perlindungan. Maka kami meminjamkanlah tempat yang selesa untuk si ibu. sebenarnya mengikut perancangan ibu ayah ak, setelah ibunya selesai melahirkan anak, kami akan membawa kucing-kucing itu ke tempat yang jauh….. Tapi itulah kata orang, tuah anak… Timbul simpati dengan kematian anak bongsunya, dan anak-anak kucing yang masih kecil memerlukan perlindungan dan tempat untuk berteduh maka kami tangguhkan dahulu niat ini. Setelah anaknya pandai berjalan, barulah kami sedar dia memiliki anak-anak yang sangat comel, 3 ekor jantan dan seekor betina. Disebabkan kami sekeluarga tidak suka rumah ini disesakkan dengan banyak kucing, maka 2 ekor sudah diserahkan kepada orang untuk dijaga. Tinggalah Tommot dan Bob (abangnya) untuk dijaga. semua kucing-kucing ini dijaga oleh adik perumpuanku seorang…. haha~

Penjagaan mereka tidak sesukar mana. mereka sangat genius dan tidak perlu diasuh. Bob dan Tommot sangat peka dengan keadaan sekeliling. Mereka belajar dari apa yang kami lakukan. Mereka faham jika dimarahi. pernah satu ketika, Tommot berak di bawah meja bulat diruang tamu. Seluruh meja itu ditutupi dengan alas meja. satu rumah berbau. Tapi kami x jumpa dimana najisnya… setelah beberapa jam pencarian, akhirnya najis dia dijumpai. Apa lagi tak berhenti-henti ibuku membebel… Tommot yang mulanya menyorok, tapi akhirnya keluar mendengar bebelan ibuku… haha…. sejak itu, mereka sentiasa perhatikan kami. mereka perhatikan kami keluar masuk dari bilik yang dibasahi air. mereka bijak meneka apakah bilik itu… sejak itu si kecil-si kecil ini hanya melepaskan najis dibilik air sahaja. Manakala ibunya pula tidak pernah berak didalam rumah. ibunya sentiasa pastikan dia lepaskan najis di luar rumah. ntah ke mana ak pun tak tahu…

Berbalik dengan cerita Tommot…. sebulan yang lalu, dia pulang dengan kecederaan yang teramat serius. Seakan-akan nyawa-nyawa ikan. Nafasnya tercungap-cungap, kakinya terseliuh, perutnya yang gemuk kini bertukar kempis seakan-akan penyek… apa yang terjadi padanya?? dilanggar orangkah? tak mungkin sebab tiada pendarahan. bergaduh? tak juga sbb tiada kesan gigitan… tapi berkemungkinan kucing tomboi nie di pukul oleh budak-budak. Sejak dari kecederaan itu, baru ak sedar, ahli keluargaku sudah boleh menerima kucing-kucing ini sebahagian dari ahli keluarga kami. Jika sebelum ini aku lah orang yang pantang mengusik kucing sbb ak sangat sensetif pada bulu begitu juga dengan ayahku. sejak Tommot sakit, kami sangat kasihan pada dia, perutnya yang kemis dan tercungap-cungap itu kami balut. kakinya pula ibuku urut dan timbulah perasaan sayang pada Tommot. Mana tidaknya, Tommot menangis, kedengaran suara rintihannya. Dia tidak boleh diusik, sbb seluruh badannya terasa sakit. Sebarang makanan tidak mahu dijamah. susu yang diberi pun ditepis. Lama kelamaan badannya susut, menampakkan rangka badan yang memanjang. Hanya lauk sahaja yang dia makan. Kami beri ikan kembong goreng, dan lauk pauk yang dimasak. Tapi benci lak pada abangnya nie…. Bob seekor yang gelojoh. Apa sahaja semua dia makan… pantang bile kami menghulur makanan pada Tommot, Bob sanggup menolak adeknya ketepi untuk merebut makanan… geram betol pada bob nie…

Setelah sebulan berlalu, tommot beransur pulih, kakinya dah tidak tempang, cuma perut dan nafasnya sahaja yang tidak pulih… Hari ini barulah ak dan adik ak pun pergilah ke jabatan haiwan. Di situ, barulah aku tahu kucing perlu di suntik vaksin setahun sekali yang berharga RM30 dan diberi ubat cacing. Kucing-kucing aku tidak pernah mendapat sebarang rawatan, biasalah bukan ak tuannya tapi adik ak. Di sana, kucing ak menarik perhatian penjaga-penjaga kucing yang laen… mereka sangat kagum dengan kucingku…. kucing-kucing mereka dikurung dan disangkarkan. Cuma kucingku seekor je dibiarkan lepas, dan steady duduk diam di kerusi tanpa sebarang pengawasan. Mereka puji Tommot sangat comel. Comel?? ak tak nampak comel. apa yang aku nampak dia comot. haha~

Sementara menunggu doktor, ak berbualah dengan mereka. Aku lihat, mereka menggangap kucing mereka sebagai anak mereka sendiri. Mereka di sana terkejut akan penyakit Tommot ini. Melihat reaksi mereka, ak terharu mereka sangat berasa kasihan dengan Tommot. Ak kagum pada mereka, sebab mereka begitu sensetif pada perasaan kucing. Mereka-mereka yang pergi ke klinik sangat perihatin terhadap kucing-kucing bukan sahaja pada kucing belaan mereka sahaja tetapi juga pada nasib kucing-kucing liar.

Sebaik sahaja masuk berjumpa doktor, Tommot di beri suntikan antibotik. Kecederaan Tommot sukar dirawat disini, kerana kekurangan alat perubatan. Tommot perlu di x-ray untuk memeriksa bahagian dalamannya… takut berkemungkinan dia mengalami kecederaan dalaman. Yelah perutnya sangat kempis ditambah pula dia seperti sukar bernafas. Tommot perlu dirujuk ke Hospital Vetarina Ampang dan diberi ubat kapsul antiboitik. kucing pun kene makan ubat… ingtkan manusia je kene makan ubat nih.

Hari ini aku dapat satu pengajaran. Persepsi ak terhadap kucing kini sudah berubah… kucing bukan sekadar makhluk bernyawa. Hanya kerana mereka tidak boleh bercakap, dan melontarkan perasaan, maka satu lesen pada kita untuk bertindak kejam terhadap mereka. Mereka tidak boleh bekerja untuk mencari wang dan membeli makanan…. maka mereka memerlukan kita untuk dijaga. Kita adalah sumber rezeki pada kucing-kucing ini. Tiada kita sebagai tuan, Kucing-kucing ini sukar mendapat makanan dan perlindungan. Jika terjumpa kucing-kucing yang kelaparan, berilah mereka secebis makanan. Jadilah insan yang perihatin terhadap masalah sekeliling.

p/s= kepada rakan-rakan lamaku, aku kini dah tak takut pada kucing…. weeee~


inilah dia Tommot dan Bob~

nak g jumpa doktor~
nak g jumpa doktor~
tommot menunggu giliran untuk jumpa doktor.
tommot menunggu giliran untuk jumpa doktor.
tommot cool dengan kakinya~
tommot cool dengan kakinya~
tidur setelah disuntik
tidur setelah disuntik
inilah Bob
inilah Bob
Bob yang comel~
Bob yang comel~
bob dengan perut yang boroi
bob dengan perut yang boroi