Kini media Malaysia dan Indonesia saling bertelagah untuk menegakkan siapa yg benar. Di Malaysia, media kita amat tenang, tidak seperti di Indonesia yg sering mengintai kesalahan dan kelemahan hujah dari pihak Malaysia.

Sudah tentu anda semua ketahui siapakah wanita yang bernama Manohara Odelia Pinot. Beliau bukan seperti Nirmala Bonet. Dakwaan sama tetapi kes yang berbeza. Nirmala seorang pembantu rumah warga Indonesia yang menjadi mangsa dera oleh majikan warganegara Malaysia. Nirmala diperlakukan seperti hamba oleh keluarga majikannya. Beliau menang dalam mempertahankan haknya sebagai mangsa dera.

Bagaimana pula dengan kes Manohara?? Beliau yang baru berusia 17 tahun merupakan remaja yang paling beruntung malah lebih beruntung dari rakyat Malaysia. Umur yang sebegitu muda berjaya memikat hati seorang putera raja iaitu Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra. Malangnya ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Ikatan perkahwinan mereka dilanda badai yang memecahkan kapal. “Badai” itu tidak lain dan tidak asing lagi, ibu Manohara sendiri iaitu Daisy Fajarina. Sewaktu perkahwinannya, umur Manohara baru menyingkap 16 tahun, di mana pada umur semuda itu para remaja Malaysia bersungguh-sungguh merebut peluang untuk melayakkan mereka ke menara gading. Benarkah di dalam perkahwinan ini Manohara ikhlas mencintai Tengku?

Adakah ini satu sandiwara yang mahu mencipta satu konspirasi?

Kenyataan terbaru monahara “Saya tidak sayang lagi kepada Tengku TT (Tengku Temenggung),” kata Manohara dalam siaran langsung di stesen TV Indonesia, RCTI tengahari tadi. Manohara kelihatan terperangkap dgn kata-katanya apabila Mohd Soberi mengajukan pertanyaan “”Apakah selama ini, tidak pernah sekali pun kamu sayang padanya (Muhammad Fakhry Petra)?”. “Bagaimanapun Manohara tidak menjawab soalan itu. Dia mendiam diri,” kata Mohd Soberi.
Mohd Soberi tidak dapat menyertai siaran langsung tersebut, dan beliau hanya mengikuti melalui perbualan telefon dari Kuala Lumpur.

Pesan saya, kepada manohara, hentikanlah sandiwara ini, jika beliau benar-benar didera dipukul oleh suaminya, buktikanlah terlebih dahulu. Okey, kita ikut kata pihaknya, iaitu Manohara “BERJAYA” melarikan diri dari Tengku, tapi apakah perkara yang PERTAMA yang dilakukan olehnya? Beliau tidak mendapatkan doktor untuk menjalani rawatan “kecederaan akibat penderaan” sebaliknya beliau terlebih dahulu mendapatkan media untuk memulakan sesi lakonan.
Menurut peguam mereka OC Kaligis. Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina lebih sibuk menghadiri wawancara di stesen televisyen daripada menjalani pemeriksaan perubatan dan seterusnya membuat laporan polis.

Menurut dakwaan Manohara, beliau dipukul, diseterika, dibakar dengan puntung rokok, disuntik dan sebagainya. Fuh! penderaannya lebih kurang hebat siket dari Nirmala Bonet. Tetapi amat pelik jika mereka benar-benar serius untuk mendakwa Tengku, maka mereka perlulah membuktikan kata-kata mereka. Kami rakyat Malaysia tidak terlalu bodoh untuk dipermain-mainkan. Manohara didera, tetapi kenapa mempergunakan media untuk mengiyakan kata-katanya? Kenapa tidak pergi membuat laporan perubatan terlebih dahulu sebelum berjumpa media?

Beliau juga turut ditanya soalan mengapa beliau tidak cuba melarikan diri? Manohara menjawab, beliau cuba untuk melarikan diri sewaktu sebelum penerbangan ke Mekah. Bodohkan beliau? Mahu melarikan diri dengan mengubah haluan penerbangan ke Indonesia ketika bersama suaminya? Sudah tentu, juruterbang terpaksa mengikut arahan Tengku kerana Tengku merupakan SUAMI dan juga Tengku Temenggung Kelantan. Apakah beliau tidak cuba mengambil kesempatan lari dari rombongan diraja?.

Bagi saya, ini hanya asam garam rumah tangga yang sememangnya berlaku dimana-mana sahaja. Jika kita lihat siapa dia Manohara? Seorang model yang lincah bergaya dan suka ke kelab malam untuk berhibur. Manohara juga bukan seorang yang matang. Beliau mengatakan tidak bebas ke mana-mana sahaja. Apakah beliau tidak tahu bahawa sememangnya seseorang puteri raja, permaisuri dan semua kerabat diraja tidak bebas ke mana-mana. Lebih-lebih lagi isteri kepada seorang putera raja. Kerabat diraja hidup dengan penuh protokol untuk dipatuhi. Maka Manohara yang baru berusia 16 tahun, di awal perkahwinan tidak memikir panjang mengenai perkara-perkara ini. Apakah dia benar-benar berkahwin demi cinta atau wang semata- mata?

Sudahlah tamatkan sahaja sandiwara ini. Jangan mengadu sana-sini ke pada media. Pergilah menfailkan dakwaan ini ke mahkamah dan dapatkanlah laporan perubatan.

berita-berita mengenai kes ini…

Polis Indonesia periksa tubuh Manohara, dari malaysiakini… Tengku Temenggung K’tan hantar ‘utusan damai’ ke Jakarta, “Saya tidak sayang lagi kepada Tengku TT (Tengku Temenggung) ,
Peguam Manohara tarik diri .

Nirmala bonet mangsa penderaan majikan
Nirmala bonet mangsa penderaan majikan
Manohara mangsa penderaan suami. p0se ini diambil didalam private jet milik tengku.
Manohara mangsa penderaan suami. p0se ini diambil didalam private jet milik tengku.


Adakah kemesraan ini semua adalah satu lakonan seperti yang didakwa oleh Manohara? jika “ya”, syabas anda adalah seoarg pelakon yang terbaik.

3475300967_4753043887

3475300957_eeeb4af24a_o