Ramlee Awg Murshid 001

Dibawah tajuk ini, saya nk menceritakan sedikit mengenai karya RAMLEE AWANG MURSHID (RAM). Satu yang menarik mengenai anak muda dari Sabah, novel-novelnya sering disalahmasukkan di dalam kategori novel popular dan di antara karya yang terlaris di pasaran, novelnya jarang menceritakan cinta remaja yg membuta tuli, sebaliknya ada yang penuh dengan falsafah dan banyak mengemukakan unsur eksperimental.

Saya dah membaca novel-novel beliau, antaranya, mendatori, ranggau, semangat hutan, tombiruo, tombiruo terakhir, dan bnyak lagi. Novel yg terbarunya hijab sang pencinta. Memang seperti novel trilogy bagaikn puteri yang tidak pernah menghampakan para pembaca novelnya.

Novel epik bukan sebarang epik yg membosankan. Tetapi epik yang membawa pembaca mengenali seorang laksmana yang sangat berlainan watak dari laksmana Hang Tuah. Kita memahami laksmana Hang Tuah yang tidak pernah putus taat setia pada Sultan Melaka. Tetapi laksmana Sunan sangat setia pada ALLAH. Ramlee bijak dlm mencipta perwatakan Sunan. Sunan bukan sahaja pendekar melayu di tanah Aceh, malahan juga Sunan merupakan seorg pendakwah yg tak pernah jemu dalam menperhambakan diri pd yg ESA.

Saya sangat tertarik dengan cara dakwah Sunan. Beliau sentiasa memberi peluang kepada musuh-musuhnya bertaubat. Tidak sesekali meletakkan nyawa seseorg didalam tangannya. Dengan perwatakan Sunan sebenarnya sentiasa membawa masej yg jelas dan memberi nasihat kepada pembaca. Jesteru itu, dengan menggunakan Sunan, RAM juga berdakwah melalui novelnya. Selagi ibu bapa kita hidup, berbaktilah kepada mereka. Walau sealim mana pun seseorang itu, maka wajiblah dia berbakti dahulu kepada org tuanya. Selain itu, kita sentiasa terdedah dengan muslihat taghut yg berbentuk pelbagai rupa, untuk menyesatkan manusia.

RAM bijak dlm memperancakkan penceritaan novel ini dengan mencipta hijab. Memang dgn izin Allah ia akn terjadi. Ia diluar dugaan manusia. Dengan hijab ini menghubungkan cerita zaman kini dengan kurun ke 15. kedua-dua zaman ini sangat menarik. Zaman kini menceritakan hubungan cinta 3 segi antara Dani dgn Haryani manakala haryani merindui Sunan yg ditemuinya sesama dia tercampak ke kurun 15 dlm novel Bagaikan Puteri. Dan abad kurun ke 15 mengenai pengambaran Laksmana Sunan dlm menentang sihir yg mengundang kesesatan manusia.

Selain dari novel ini, trilogy Tombiruo juga merupakan satu imaginasi yg hebat. Dari novel itu, RAM telah membawa pembaca mengenali hutan Keningau dan tradisi bumi Sabah. Wujudnya manusia yg bernama Ejim yg digelar tombiruo atau semangat hutan oleh orang-orang kampung. Ejim ditakuti oleh penduduk kmpung kerana berwajah hodoh dan perwatakan buas. Walaupun tidak pernah berjumpa namun RAM bijak membawa keajaiban dimana Ejim bukan kesorangan didunia. Dia mempunyai abg kembrnya yg bernama Amiruddin. Walaupun terdapat perbezaan wajah antara mereka, hubungn kembar itu tidak dapat dipisahkan. Dari novel ini, ramlee telah membawa nur islam kepada Ejim, yg terperuk didalam hutan. Selama ini Ejim sentiasa berada didunianya dan mempercayai semangat roh. Di dalam hutan belanara, dialah raja hutan. Pelengkap kepada cerita tombiruo, di mana RAM telah berjaya membawa Raja Hutan ke bandaraya KL. Yg terkenal dgn segala kemajuan. Tombiruo yg bermuka hodoh telah membuat satu pembedahan dan hasil dari pembedahan itu, Ejim telah dpt satu wajah yg serupa dgn kembarnya.

Novel Pei Pan iaitu sebuah karya yg berharga buat ramlee. Di mana Pei Pan memenagi hadiah sako ke 2 bg novel nasional. Pei Pan sebuah kisah pegkhianatan. Pengkhianat itu bukan lah angkara musuh, dan bukan juga angkara orang luar. Kepercayaan yg diberi telah dikhianati oleh orang-orang disekelilingnya. Dalam Pei Pan menceritakan jatuh bangun seseorg usahawan. Dalam novel ini, RAM mengajar pembaca erti qada dan qadar. Setiap musibah yg melanda ada baiknya. Kita kena menerima segala musibah dgn reda. Segala yg baik dtg dari Allah yg buruk datang dari hambanya.

Cerita Mendatori dan Rahsia Perindu menceritakan mengenai penyakit lebih dr satu perwatakan. Ia berkaitan dgn masalah jiwa. Dsebalik perwatakan yg baik terselit perwatakan pembunuh yg x kenal erti balas kasian. Namun sesiapa yg mengalami penyakit ini, dia sendiri tidak mengenali siapakah kedua-dua perwatakan ini. Kekuatan pada novel ini, banyak unsur suspen dan penceritaan yg putar belit, untuk mengelirukan pembaca. Pembaca akan tertanya-tanya siapakan pembunuh. mengapa dan apa sebab dia membunuh.

ADAM novel yg menuntut keadilan di bumi amerika. Walaupun novel ini agak longar, tp kita bole tersenyum dan berbangga perjuagan hilman sebagai anak melyu berjuang di negara yg berkuasa besar.

Akhirkata, sebagai pembaca setia saya sangat berpuas hati dgn novel yang berkonsepkan thriller. Aksi, putar belit, percintaan, situasi global berdasarkan politik sejagat. Banyak novel-novel yg menarik RAM. Ini hanya lar sebahagian dr sudut pandangan saya tentang novel thireller no1 nie.

~semua ini antara koleksi yang dah dibaca~

adambagaikan-putericinta-sang-ratuhijab-sang-pencintacover-ranggau-barutombiruosemangat-hutantombiruo_akhirmandatori-newPei_Panrahsia-perindusatu-janjiungu-karmilahatiku-di-harajukuigauan_mautmikhail