6 June 2009, 10.44pm….

Aku dah masuk ke alam penulisan blog….. sebelum ini, aku hanya sekadar pembaca blog, tetapi kini aku telah bejaya merajinkan diri mengatuk-ngatuk keyboard laptop untuk mencoret bahan-bahan bacaan untuk dikongsikan bersama.

aku ini hanya insan kerdil sekadar ingin menjadi penulis jalanan berkisarkan putaran roda kehidupan menciptakan berjuta cerita. Ku pilih roda kehidupan kerana hidup ini hanyalah bagai satu putaran roda yang tak pernah berhenti seperti bumi yang sentiasa berputar di atas paksinya sambil mengelilingi matahari. Putaranya tidak akan berhenti sehinggalah kiamat menjelma.

Kesedihan, kegembiraan, kejayaan, kemusnahan, percintaan, kekejaman, dendam, persengketaan, semua ini adalah sebahagian warna kehidupan yang dilalui oleh setiap manusia. Blog ini bukan sekadar ceritaku atau sekadar jurnal kehidupan aku, tetapi luahan pendapat, ilmiah, dan umum untuk dikongsikan bersama….

okey dah cukup lar… nie hanya sekadar percubaan dan pembuka kata… haha~ pendek betol entry nie… tak pe lah nanti aku akan cube mengolah panjng2… haha~