XPDC MERENTAS PADANG PASIR

•April 21, 2010 • Leave a Comment

kepenatan dan saket2 bdn smlm maseh ak rasai…mne tak nyer… 1st tyme enjoy join desert x-tream sport. kalo dulu slalu tgk org main… itu pun tgk kat tv je. Kali ni ak sendiri dpt rasakan ddk dalam kete melambung2… hehe

Spt yg dijanjikan, jam 2.10 ptg dr union square pergi ke burjuman centre tmpt pertemuan dgn abg nor. Kemundian kami bergerak ke emirate petrol station hatta, tempt berkumpul team kami. Sebyk 4 buah kereta yg join xpdc ni. Semua pak arab membawa famili mereka msg2…

Tpt jam 3.00 ptg kami bergerak masuk al awi village. Tempat perkampungan arab. Kmpung2 p0n… byk istana arab kat sana. Tpt kul 3.30ptg, kami tiba di gate point (yg ke berapa ntah tau!…. da lupe lak). Kat situ, semua kereta perlu mengurangkan tekanan angin tayar sehingga 10.

Setelah semua bersedia, bermulalah xpdc kami merentas desert. Mula2 okey je… rase mcm naek kuda saje….Bile ktorg dah ready… abg nor mula bwk medium… naek bukit rendah je… tak takut sgt…… lps tue… asal nampak bukit je dia redah… dah mule seriau tapi sronok.. hehe… plg gerun…bile abg nor bwk kete tepi tebing… wahhh… mmg seriau gak.. Takut tergolek… tp dia mmg dah ckp… hanya sekali jer.. Yg buat ak betul2 cuak… bile kete tue tersasar… hampir nak terbalik… tp abg nor mmg steady… haha… dia pandai kwl keadaan… situasi cemas tue turut di sedari oleh ketua team kami (muntasir).
sbb kami hilang dr pandngan mereka…

Lps tue abg nor dah tak buat… dia tunggu ktorg cool dulu… tp lps kejadian tue jiwa ak mmg dah tak takut dah… nak try ygl ebih x tream lak…

Kami terpaksa menuruni cerun yg curam… salah seorg isteri pak arab tue mmg dah termuntah dah… huhu~ semasa nak turun cerun tue… nak tutup mata p0n takut… tp berjaya ditempuh gak…

kami menuju ke destinasi terakhir, iaitu tempat org main xtream sport… tgk lar video nie….
Pape pun nie lah satu2 nyer penggalaman baru dan sgt bermakna sepanjangn ak duduk di Dubai..

This slideshow requires JavaScript.

TENNIS COURT DI AWAN BIRU

•April 15, 2010 • Leave a Comment

Dubai telah mencipta sejarahnya sendiri… iaitu tennis court yg terapung dengan ketinggian 210 meters bersamaan 690 kaki!!dan menaikan namanya sebagai tennis court tertinggi di dunia. Tennis court ini terletak / tergantung di hadapan puncak burj Al arab.

Di dalam video dan gamba kelihatan, Andre Agassi dan pemain no 1 dunia, Roger Federer dijemput khas utk beraksi di dlm pengiklanan Dubai Duty Free Men’s open Dubai.

This slideshow requires JavaScript.

Reka bentuk Burj Al-Arab satu penghinaan pada Islam?

•April 15, 2010 • Leave a Comment

salam muhibah kepada semua pembaca. Maaf sudah lama sy meninggalkan blog nie tanpa update.

kemegahan BURJ AL- ARAB di Dubai

Burj Al Arab (Arab: برج العرب, “Menara Orang-orang Arab”) satu hotel mewah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu diurus oleh Jumeirah Group dan dibina oleh Said Khalil. Hotel 7 bintang ini, merupakan bangunan Hotel tertinggi dunia Ia telah direka bentuk oleh Tom Wright WS Atkins PLC. Di 321 meter (1,053 kaki), ia bangunan tertinggi digunakan secara eksklusif sebagai sebuah hotel. Bagaimanapun, Burj Khalifa, juga di Dubai, yang telah pun mengatasi ketinggian Burj Al Arab, akan bawa pulang gelaran ini atas perasmiannya pada bulan Disember 2009. Burj Al Arab berdiri satu pulau buatan 280 meter (919 kaki) keluar daripada pantai Jumeirah, dan dan bertalian tanah besar oleh jambatan yang swasta berlengkok. Ia satu struktur ikonik, direka untuk melambangkan transformasi bandar di Dubai dan untuk ajukan mengalunkan layar bot.

Mungkin anda sudah sedia maklum mengenai rahsia disebalik rekaan mewah ini. Effect dan impak dari design ini sgt besar ertinya pada maruah Islam.

Seluruh pelusuk bumi tahu, dunia islam berasal dr arab. Walaupun ada antara mereka ialah yahudi dan kristian, tetapi Arab lebih sinonim dgn org beragama Islam.

Tetapi mengapa design burj al arab begini?!

Mungkin Dubai mahu bersikap terbuka akan hal ini…. Tp impaknya pula bagaimana? dgn membawa nama arab satu hal…. Satu lg… souvenir Burj al-arab. Memang cantik2 dan menarik2 belaka… ada yg bersalut silver, ada yg bersalut emas siap ada kristial lagi… tetapi nak membeli kena fikir 10kali sbb tanda salib tue ada pada setiap repika burj al-arab.

Mungkinkah org kristian mahu org islam memiliki salib dgn cara begini? Subahanallah…. Jika hanya gambar tidak mengapa. Kerana semua gambar burj al arab dari sudut pandngan darat. Iaitu dari kiri kanan dan hadapan… mereka langsung tidak komersial kan sudut pandangan belakang iaitu dr pandangan laut yg bole nampak jelas tanda salib.

mungkinkah ini menunjukkan pemikiran umat islam sudah dijajah oleh kristian? wallahualam…

This slideshow requires JavaScript.

t.E.N.s.I.o.N

•November 13, 2009 • 1 Comment

w0w!!!….. lama gaks ak x update blog nie…. hehe
bace tak p0st ak kat bawah ni?? ak baru je seminggu kat Dubai.. kali nie aku ditugaskan dalam menyiapkan Variation Order untuk projek Dubai Metro.

aku benci giler gan orang-orang opis nie… giler la… baru faham dengan cerita-cerita senior aku selama nie…
Main Contractor nie penuh dengan pekerja gile… orang-orang Filipino (pinoy) yg tersangat jelous gan orang-orang malaysia… macam sial jerk… baru je 2, 3 hari ak mulakan kerja… macam-macam dorg complain pasal ak kat org jepun… Padahal dorg yer position kerani cabuk je… ak tak usik pun hal dorg.. apasal mereka nak bising-bising pasal ak?? kalau tak suke ak, meh cakap depan-depan… nie tidak, suke-suke je nk mengadu… orang jepun satu haL… leh lak terima… hal-hal bodo pun leh jdk haL besar… geram…geramm dan geram…

Selepas nie aku nak BLACKLIST company OBAYASHI….. aku nak just nak ambil projek-projek dari Taisei Corporation jer…

SENTUHAN SERI RONG @ BUILD COMP TECH SDN BHD DALAM DUBAI METRO

•September 28, 2009 • 1 Comment

Dubai Metro

Sentuhan Malaysia dalam Dubai Metro

Oleh Arshad Khan
(Yang mengikuti lawatan LCL Corporation Berhad baru-baru ini)

Dengan terbinanya prasarana bernilai RM26.6 bilion itu, Dubai Metro bakal menjadi sistem tren Metro terpanjang didunia mendahului tren yang sama iaitu Vancouver Skytrain, Kanada.

Dubai bukanlah satu nama yang janggal dalam peta dunia kerana bandar raya ini menguasai sebahagian besar kek ekonomi di Timur Tengah khususnya di kalangan Negara Teluk dan Tanah Semenanjung Arab.

Bandar raya paling popular di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini, menjadi tumpuan pelabur seluruh dunia untuk memanfaatkan potensi ekonomi dalam sektor hartanah, pelancongan, perkapalan, pendidikan, kesihatan, dan perbankan.

Konglomerat seluruh dunia merebut peluang untuk bertapak di Dubai kerana lokasi strategiknya di pesisir pantai Timur Laut UAE di Teluk Parsi menjadikannya pusat pelabuhan terbesar di Timur Tengah.

Secara tidak langsung ia mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif di Dubai hasil daripada kemudahan logistik dan kekukuhan sistem kewangan negara itu.

Ia turut menjadikannya hub utama dalam sistem penghantaran global menghubungkan Eropah dan negara di timur membabitkan lebih 200 destinasi global melalui jalan laut dan udara di samping berperanan sebagai bandar raya hab untuk pelbagai jenis perdagangan.

positif

Perkembangan positif itu menjadikan Dubai terus sesak dengan kebanjiran industri baru dari pelabur antarabangsa yang turut melonjakkan permintaan tinggi terhadap tenaga buruh tempatan dan antarabangsa untuk mencari peluang pekerjaan di Dubai.

Akibatnya, Dubai mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk paling tinggi di kalangan negara Arab iaitu 7.8 peratus setahun. Statistik itu bakal menjadikan penduduk Dubai berjumlah 1.722 juta pada tahun depan berbanding 1.596 juta ketika ini.

Walaupun perkembangan ekonomi UAE termasuk Dubai agak perlahan semenjak kelembapan ekonomi dunia, namun ia tidak menjadi penghalang kepada projek-projek utama di negara itu terus bergerak.

Secara keseluruhannya, kerajaan UAE mensasarkan penduduknya berjumlah 5.5 juta orang menjelang penghujung tahun ini termasuk bilangan ekspatriat yang berkunjung dari negara lain dan menetap di situ.

Manakala bagi bandar raya Dubai sahaja, kerajaan UAE sedang merangka prasarana sosial dan ekonomi bagi memenuhi jumlah penduduk bandar raya itu yang bakal mencecah tiga juta dalam tempoh kurang daripada 10 tahun lagi.

Peningkatan drastik jumlah penduduk itu turut meningkatkan permintaan terhadap infrastruktur kemudahan awam di Dubai khususnya sistem pengangkutan yang lebih cekap untuk menjimatkan masa perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas seperti yang berlaku di kebanyakan bandar raya dunia.

Justeru, UAE telah membangunkan sistem pengangkutan awam, rangkaian tren automatik tanpa pemandu (driverless fully automated metro network) yang dinamakan Dubai Metro.

Dengan terbinanya prasarana bernilai RM26.6 bilion itu, Dubai Metro bakal menjadi sistem tren Metro terpanjang didunia mendahului jarak tiga kilometer melebihi sistem tren yang sama di Vancouver Skytrain, Kanada yang hanya berjarak 72 kilometer.

Dubai Metro secara tidak langsung, bakal menjulang nama bandar raya dan negara Islam di mata dunia kerana kemampuannya berada di senarai teratas dalam teknologi prasarana pengangkutan awam berasaskan tren.

kemegahan

Dubai dilihat mencapai taraf maju yang sepenuhnya melalui pelancaran Dubai Metro.

Di sebalik segala kemegahan, kemewahan dan keunikan Dubai Metro, rakyat Malaysia juga boleh menumpang bangga kerana sentuhan syarikat-syarikat tempatan seperti LCL Corporation Berhad membawa “seri” kepada teknologi pengangkutan terpenting di UAE itu.

Sememangnya agak membanggakan apabila kepakaran Malaysia melalui LCL Corporation menjadikan sebahagian besar bahan-bahan yang digunakan bagi mencantikkan 14 daripada 29 buah stesen sepanjang aliran Metro Red Line juga dibawa dari Malaysia.

“Inilah sesuatu yang sepatutnya semua rakyat Malaysia bangga kerana keindahan dan teknologi kita diiktiraf masuk dalam rangkaian tren automatik tanpa pemandu terpanjang dunia,” kata Pengarah Urusan Kumpulan LCL Corporation, Datuk Low Chin Meng.

LCL Corporation bertanggungjawab bagi menjalankan kerja penyesuaian dalaman untuk stesen tren itu dengan kontrak bernilai RM295 juta.

Dan, semasa melawat sebahagian stesen-stesen berkenaan, penulis harus mengakui bahawa LCL Corporation sememangnya telah melaksanakan kerja yang amat baik dan bermutu.

Penyesuaian dalaman yang dilakukan syarikat berkenaan nyata menepati mutu antarabangsa.

Syarikat-syarikat seperti LCL Corporation terbabit dengan kerja pembangunan dan penyediaan prasarana sistem tren Dubai Metro secara tidak langsung ia turut membuktikan pengiktirafan kepada Malaysia dalam projek bertaraf dunia seumpama ini.

Fasa bertama Dubai Metro iaitu bagi jaringan laluan Red Line telah dilancarkan dengan rasminya pada 9 September lalu sempena mengabadikan digit istimewa pada tarikh 090909. Detik bersejarah perasmian itu disempurnakan oleh Timbalan Presiden UAE, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum pada tepat detik jam 9.09 pagi waktu tempatan.

Rangkaian Red Line sejauh 52 kilometer itu (termasuk 4.7 kilometer laluan bawah tanah) membabitkan 29 stesen menghubungkan antara bandar Al Rashidiya dan Jebel Ali merentasi zon komersial paling sibuk di tengah Dubai.

Perjalanan sulung tren perasmian itu dipenuhi lebih 100 orang kenamaan UAE serta beberapa delegasi antarabangsa yang terbabit dengan pembangunan prasarana teknologi tinggi berkenaan.

Keseluruhan perjalanan mengambil masa satu jam pada kelajuan purata tren 110 kilometer sejam dan tempoh persinggahan di setiap stesen antara 20-30 saat. Manakala tempoh perjalanan dari satu stesen ke stesen yang lain pula adalah sekitar 60-90 saat.

Red Line Dubai Metro yang mula dibina sejak 2005, akan menampung pergerakan 62 tren sehari di antara Al Rashidiya dan Jebel Ali dengan kadar tambang maksimum RM5.20 sehala.

DSC00881 DSC00904

Main contractor dalam projek ini adalah company Obayashi. Seri Rong Sdn Bhd telah membekalkan khidmat beberapa Quantity surveyor untuk projek tersebut… bukan sahaja sebahagian QS mereka anak m’sia, bahkan juga sebahagian team construction melibatkan beberapa anak m’sia. seperti site engineer, asstn site coordinator, dan laen2…. hehe~

walaupun aku tak involve dalam projek ini tetapi ak bangga lak… pada senior-senior aku dlm menjayakan DUBAI METRO… caya lah KAK rathma & kak NINA x lupe gak gn KAK TAI CHAI HOONG (betul x ejaan nih?)…. dan laen2… hehe

Rakyat Didahulukan, Harga Minyak Dinaikkan

•September 9, 2009 • Leave a Comment

Sistem percukaian penjajah yang menekan petani, pekebun dan nelayan kini disambut oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sempena Ulangtahun ke 52 kemerdekaan negara. Hari ini Kerajaan Pusat mengumumkan kenaikkan harga minyak secara mengejut tanpa mengambil kira keperluan rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang bakal menyambut ketibaan bulan Syawal dalam beberapa hari lagi. Dimanakah dasar Satu Malaysia – Rakyat Didahulukan ? Nyata ianya adalah retorik politik. Sikap buas dan nafsu amarah penjajah sehingga mencetuskan kemarahan rakyat lalu bergabung tenaga dan bersatu untuk bangun menentang kezaliman penjajah lantaran memerdekakan bumi Malaysia ini akan berulang lagi dengan penentangan kuat terhadap dasar UMNO dan BN yang tidak peduli keperitan hidup rakyat Malaysia.

Kenaikkan mengejut ini pastinya membawa impak besar ke atas harga barangan keperluan harian. Permintaan di pasaran yang meningkat pada musim perayaan akan mendesak pengusaha untuk mengambil kesempatan dan menaikkan harga barangan keperluan lantaran menambahkan lagi beban rakyat yang sudah sememangnya berat ekoran kelembapan ekonomi negara masa kini.

Rakyat disajikan dengan petrol RON 95 yang kononnya lebih murah dan sebagai bahan bakar alternatif kepada RON 97. Hakikatnya rakyat dipaksa berpuas hati dengan petrol yang kurang berkualiti dan boleh mencemarkan alam sekitar. Rakyat yang ingin menggunakan petrol RON 97 pula terpaksa membayar 25 sen lebih daripada harga sebelum ini bagi mendapatkan kualiti pembakaran petrol per kilometer yang serupa sebelum ini.

PETRONAS dalam kenyataan media pada tahun 2008 telah mendedahkan bahawa sejumlah RM 270 bilion telah dibayar oleh PETRONAS kepada Kerajaan Pusat dalam tempoh lima tahun yang lalu dalam bentuk royalti, dividen dan cukai. Jumlah yang besar ini sewajarnya dimasukkan dalam ‘consolidated account’ atau Akaun Yang Disatukan untuk dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia melalui projek-projek pembangunan seperti meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pendidikan dan kesihatan. Namun, amat malang sekali, berbilion ringgit berlegar hanya di kalangan pemimpin elit dan bangsawan UMNO serta kroni mereka. Rakyat berhak untuk mendapat maklumat bagaimana wang ini dibelanjakan.

Bagaimana nasib rakyat Malaysia ? Apakah pemimpin UMNO dan BN mempunyai iltizam untuk membawa perubahan demi kesejahteraan rakyat ? Slogan Satu Malalysia – Rakyat Didahulukan hanya manis dibibir pemimpin elit UMNO dan juak-juak mereka sahaja termasuk RTM dan TV 3.

Realitinya ialah pemimpin UMNO dan BN semakin buas dan liar. Tatkala rakyat semakin terhimpit kehidupan mereka, sang penguasa rakus memunggah hasil mahsul negara untuk memuaskan nafsu amarah mereka. Mereka belum insaf. Skandal PKFZ yang mencecah RM 12.5 bilion masih tidak terjawab, isu mahligai yang dikatakan bernilai RM 27 juta milik pemimpin UMNO Selangor masih gagal disiasat secara bertanggungjawab, Pak Menteri mendapat suapan RM 10 juta dan menggunakan pesawat peribadi syarikat swasta tanpa bayaran tidak disentuh oleh badan yang berwajib. Di manakah keadilan untuk rakyat ?

Seharusnya, Perdana Menteri dengan semangat ingin memecahkan tembok di antara kerajaan dan rakyat, wajar membincangkan perkara ini di Parlimen memandangkan kenaikkan harga petrol ini akan memberi impak kepada seluruh rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Saya percaya harga petrol di Sabah dan Sarawak akan jauh lebih tinggi kerana masalah logistik dan pengangkutan di kawasan pendalaman. Pastinya rakyat Sabah dan Sarawak akan terus menderita ekoran dasar UMNO dan BN yang melihat rakyat sebagai musuh mereka. Tembok yang dimaksudkan tidak mungkin roboh andai pemerintah masih bersikap sombong dan membelakangkan kepentingan rakyat dalam agenda ekonomi mereka.

AZMIN ALI

kekecewaan seorang rakyat terhadap pemimpin….isu sewaktu mantan PM menaikkan harga minyak dengan alasan harga minyak dunia naik belum pun reda… kini PM berganti PM… helah yg sama masih digunakan…. jangka waktu yang tidak sampai setahun, harga minyak terus dinaikkan oleh para pemimpin. kesan kenaikan ini akan diikuti pula kenaikan harga barang, harga pengangkutan awam dan lain-lain lagi.. rakyat kian tersepit… pendapatan rakyat kian terhad… ditambah lagi jumlah penggangguran yang kian meningkat… adakah malaysia mahu mencipta lebih ramai perompak, penyamun, peragut?.. jika anda makan gaji, sudah tentu ia tidak mencukupi.

najib telah mengumumkan harga minyak baru dan kita disaljikan dengan minyak yang rendah mutunya. cuba bayangkan…. jika dahulu kita gunakan ron97. kita pengeluar minyak petroleum yg berkualiti terbaik… untuk mendapatkan keuntungan yg lebih, minyak kita perlu di eksport ke luar negara, kerana harganya sangat mahal…. untuk kegunaan domestik, kerajaan mengimport minyak dgn harga yg murah dan kurang berkualiti…. walaupun kita mengimport minyak, kita tetap menikmati keuntungan yang banyak dari hasil minyak yg di eksport… jadi jika dari dahulu lg kita menikmati minyak petrol yang berkualiti rendah… kini kita disaljikan pula minyak yg lebih rendah kualitinya berbanding dahulu…. jika kita masih mahu gunakan minyak yang dahulu, kita perlu bayar lebih kerana minyak yang dahulu naik 25 sen…

maka kesimpulannya…. adakah harga minyak baru ini memuaskan hati rakyat malaysia?

akhir kata jadilah pemimpin rakyat malaysia… jangan menjadi pemimpin untuk rakyat umno sahaja….

Bagi sesiapa yg mengidap Allergy dan eczema… ikutilah kisah ini~

•September 4, 2009 • Leave a Comment

Menghidap ekzema tidak halang Azah terus aktif Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

TIADA halangan bagi wanita ini memenuhi segala cita-citanya walaupun di sebaliknya beliau menderita sejenis penyakit kulit yang dinamakan ekzema.

Penyakit yang dialami oleh dua dari setiap 10 orang ini masih belum begitu mendapat pendedahan di kalangan ibu bapa dan pesakit. Bagi yang belum tahu, ekzema adalah sejenis penyakit genetik yang diwarisi dari ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali.

Penyakit ini menyebabkan pengidapnya mengalami kegatalan kulit terutama di bahagian pelipat seperti di tengkuk, belakang lutut dan ruang antara tangan dan lengan. Apabila penghidap ekzema terdedah kepada habuk, cuaca terlalu kering atau peluh yang keluar dari badan, dia akan merasa gatal dan tidak dapat mengawal diri dari menggaru bahagian tersebut.

Kesan garu dan kulit yang sensitif menyebabkan kulit pesakit ekzema tidak lembut, warna seakan kehitaman, kasar dan berparut.

Bagi sesetengah penghidap ekzema, kesan atau parut kulit yang digaru menyebabkan mereka mengalami perasaan rendah diri.

Bagaimanapun anda tidak harus bersikap negatif kerana sebenarnya anda tidak keseorangan dan ada cara mengawal penyakit anda itu.

Nama Azah Yazmin Yusoff, 34, memang cukup terkenal di kalangan penonton yang pernah melihat beliau menjadi pengacara musim pertama 3R, bersama Rafidah dan Yuen.

Perwatakannya yang ceria dan paras rupa yang menarik menyebabkan beliau terpilih untuk menjadi pengacara rancangan berbentuk keremajaan itu. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan pelakon iklan, drama, pengacara majlis dan juga model.

Azah membuktikan tiada halangan bagi seorang penghidap penyakit ekzema untuk tampil yakin di khalayak ramai asal tahu cara mengawal penyakit mereka.

Menceritakan salah satu pengalaman yang tidak akan beliau lupakan, Azah berkata, pernah satu ketika ketika dia tiba di pintu imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, cap jarinya tidak jelas dan beliau terpaksa melalui pintu biasa untuk masuk ke negara ini. Garisan di ibu jarinya tidak jelas kerana kekeringan kulit yang melampau.

“Saya merupakan penghidap ekzema sejak dari kecil lagi, sejak dari itu sudah pelbagai jenis ubat saya cuba untuk mengurangkan penderitaan yang saya alami. Bukan setakat ubat-ubatan saintifik, malah tradisional, homeopati, rawatan tradisional Cina dan macam-macam lagi,” ujarnya ketika ditemubual di studio Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Azah mengakui, penyakit kulit yang dideritainya ini tidak akan berakhir, namun adalah amat penting bagi seseorang yang menghidap ekzema itu tahu cara untuk mengawal penyakit mereka. Mengetahui punca kegatalan menyerang adalah salah satu cara mengawal penyakit tersebut.

“Macam saya, pengambilan makanan laut akan membuatkan kulit saya mengalami gatal yang luar biasa. Selain itu, saya juga pastikan kulit saya tidak kering dengan menggunakan losen khas untuk kulit sensitif seperti saya,” ujar Azah yang memiliki Ijazah Sarjana (master) Kewartawanan Televisyen dari Kolej Universiti Goldsmiths di London.

Bagi mengawal kegatalan akibat ekzema, Azah menggunakan barangan penjagaan kulit dari jenama Eucerin.

Sejak menggunakan cecair mandian dan losen PH5 Eucerin, Azah dapat mengurangkan kekeringan kulit dan seterusnya mengurangkan rasa gatal di kulitnya.

“Boleh dikatakan sudah beratus produk yang saya cuba untuk mengawal ekzema saya, saya dapati produk Eucerin betul-betul sesuai untuk saya dan ia amat membantu saya terutama apabila saya mempunyai urusan di luar seperti mengacara dan bekerja.

“Kadang kala saya terlepas makan makanan laut, akibatnya kegatalan menjadi-jadi, nasib baik ada losen Eucerin yang mengurangkan kegatalan itu, jika tidak, tentu kulit saya menjadi semakin teruk dan parut timbul di mana-mana saja,” jelasnya diiringi ketawa kecil.

Azah ingin mengajak sesiapa sahaja yang mengalami masalah kulit sepertinya untuk mengunjungi laman web www.eczema.webs.com atau www.atopiceczema.wordpress. com. Bagi yang ingin mengenali Azah dengan lebih lanjut boleh kunjungi blog Azah iaitu www.azahyazmin.webs.com.

(c) 2008 Utusan Malaysia

Mengapa kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan?

•August 25, 2009 • 1 Comment

salam Ramadhan al-mubarak pada semua rakan-rakan sekalian….

di sini saya titipkan inf0 bacaan 1001 khasiat puasa….

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Pejam celik hari ini sudah masuk hari ke-4 kita berpuasa. Alhamdulillah Allah SWT masih lagi mengurniakan kita dua nikmat yang besar iaitu nikmat iman dan Islam. Serta masih diberikan kesempatan untuk meneruskan melakukan ibadah puasa di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Secara fitrahnya manusia memerlukan kepada puasa
“Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit, kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurang. Apabila seseorang berpuasa, dia akan akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu.” (Dr. Mac Fedan – Ahli Perubatan Antarabangsa)

Daripada kata-kata Dr. Mac Fedan di atas, jelas kepada kita bahawa secara fitrahnya manusia sangat memerlukan suatu jangka masa untuk merehatkan tubuh badan daripada berterusan menerima toksin-toksin makanan dan ubat-ubatan. Ini kerana apabila ubat dan toksin berkumpul di dalam badan manusia akan menyebabkan badan menjadi lemah dan kecergasan seseorang akan berkurang.

Ramadhan yang panas terik
Ramadhan daripada perkataan ‘ramadho’ yang membawa maksud panas yang terik. Di dalam Islam bulan Ramadhan merupakan bulan yang ke-9 di dalam kalendar hijrah. Puasa telah difardhukan kepada seluruh umat Islam semenjak tahun ke-2 hijrah sehingga hari kiamat.

Lazimnya pada bulan ini cuacanya sangat panas. Bersempena dengan nama tersebut, semoga Ramadhan akan membakar dan melebur segala dosa yang telah dilakukan oleh orang yang berpuasa.

Kelebihan bulan Ramadhan:
1. Bulan untuk berpuasa

183_al-baqarah

2. Al-Quran diturunkan
Peristiwa agung ini berlaku pada 17 Ramadhan ketika Nabi Muhamad SAW berusia 40 tahun semasa baginda sedang berkhulwah di Hira’.

3. Bulan kemenangan
Berlakunya kemenangan yang terbesar yang berjaya dicapai oleh umat Islam ialah didalam peperangan Badar al-Kubra. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan, hari Jumaat tahun 2H iaitu tahun pertama disyariatkan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum Allah SWT telah mengurniakan kemenangan kepada umat Islam walaupun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang berbanding orang kafir seramai 1300 orang.

Satu lagi peristiwa agung berlaku pada bulan Ramadhan ialah berlakunya peristiwa ‘Fathul Makkah’. Ianya berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ke 8H.

4. Penuh dengan keberkatan
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut ‘permulaan adalah rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada api neraka’.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulallah S.A.W bersabda apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibuka lah pintu-pintu syurga ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikat lah semua syaitan.

5. Bulan penghapus dosa
Dari Abi Hurairah dari Nabi SAW sabdanya: “Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan beriman dan mengharap keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa-masa lalu.” (HR Bukhari Muslim)

6. Bulan tarbiyah
Bulan Ramadhan mendidik umat Islam supaya menjadi hamba yang bersabar. Juga mendidik hambaNya kearah melakukan kebaikan serta mendidik hamba menjadi insan yang soleh dengan istiqamah menjaga seluruh anggota daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT.

7. Malam Lailatul qadar
Umat Nabi Muhamad SAW merupakan umat yang sangat istimewa kerana dikurniakan satu malam yang mempunyai pahala melebihi 1000 bulan beribadah.

8. Bulan taqwa
Dengan melakukan amalan yang dianjurkan dilakukan pada bulan puasa secara istiqamah seperti qiamulail, bertadarus al-quran dan solat tarawikh Allah SWT akan mengurniakan taqwa kepada hambaNya.

Kenapa perlu berbuka dengan kurma?

kurma

Ketika berbuka puasa Islam menganjurkan umatnya agar berbuka dengan buah tamar dan air. Kurma akan memberikan tenaga dengan cepat kepada badan. Apabila kita menyoroti kisah Maryam ibu Nabi Isa AS, Maryam telah bersandar pada pangkal pokok kurma di saat merasa sakit melahirkan anak. Lalu Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk memberitahu supaya digoncangkan pohon kurma untuk mendapatkan kurma yang masak. Daripada kisah ini dapat kita membuat kesimpulan bahawa kurma boleh membekalkan tenaga kepada Maryam tatkala merasa sakit untuk melahirkan Nabi Isa AS.

Kurma juga bertepatan dengan sunnah Nabi SAW. Kurma merupakan buah yang sangat berkat untuk dimakan. Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada umatnya untuk berbuka dengan kurma pada bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci.”(Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658)

Dari Anas, sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa ruthab sebelum solat, kalau tidak ada ruthab, maka dengan beberapa kurma matang, kalau tidak ada, maka dengan meneguk beberapa tegukan air putih. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Kurma makanan kesihatan
Jelas disebalik sunnah Nabi SAW mengandungi manfaat yang banyak untuk kesihatan. Itulah sebabnya Rasulullah SAW memilih kurma berbanding makanan lain untuk berbuka puasa. Ini tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kurma mempunyai kandungan yang baik untuk kesihatan.

Jika melihat dari sudut sains pula apabila saat untuk berbuka, organ-organ pencernaan mula aktif dan perlu diberikan sesuatu yang lembut. Ini akan menyebabkan organ-organ pencernaan memulakan kerjanya dengan perlahan-perlahan untuk terus mencernakan makanan yang lebih berat. Sebagai contoh di dalam kehidupan seharian, untuk melicinkan pergerakan sesebuah kenderaan ianya perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum bergerak. Ianya juga bertujuan untuk memastikan hayat kenderaan lebih lama.

Begitu juga dengan tubuh badan kita. Kesihatan sangat diperlukan untuk memudahkan melakukan ibadah bukan sahaja di bulan Ramadhan. Seperti kata pepatah arab berbunyi “al-aqlus salim fil jismi ssalim” yang bermaksud: ‘aqal yang sihat lahirnya daripada badan yang sihat’.

Kurma menghilangkan lapar dan dahaga
Keadaan orang yang sedang berpuasa sangat memerlukan makanan yang mempunyai gula yang mudah dicerna dan yang boleh menghilangkan rasa lapar. Nutrisi makanan yang paling cepat dicerna dan sampai ke darah adalah gula khususnya makanan yang mengandungi satu atau dua zat gula (glukosa atau sukrosa). Ini kerana tubuh mampu menyerap dengan mudah dan cepat zat gula hanya dalam beberapa minit. Apatah lagi jika perut sedang kosong, seperti orang yang berpuasa ini.

Jika kita mencari makanan yang boleh menyamai dua kandungan sekaligus (menghilangkan lapar dan dahaga), maka kita tidak akan menjumpai makanan yang lebih baik daripada apa yang disarankan oleh Nabi SAW. Iaitu kurma.

Kandungan gula dalam kurma
Berdasarkan kajian yang dibuat, menyatakan bahawa satu bahagian kurma yang dimakan menyamai 86-87% beratnya mengandungi 20-24% air, 70-75% gula, 2-3% protein. Manakala mengandungi hanya 8.5% serat. Berdasarkan penelitian, juga ditemui bahawa ruthab (kurma segar) mengandungi 65-70% air berdasarkan berat bersihnya, 24-58% zat gula, 1.2-2% protein dan 2.5% serat.

la La La kerjalah~

•August 21, 2009 • Leave a Comment

La la la 6x

Ha…pening kepala…
Memikirkan tak ada kerja..
Dalam anggun pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja

Ooo, lega rasanya….
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama…
Rupa oh rupa2 nya…
Kerjaan saja…

*
La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja…kerja…

Ulang * 2x

Ahhhh..terpinga-pinga…
Tak puas lagi beradu…mengantuk~…
Subuh hingga senja…
Hari hari sama saja…

Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tak ada…
Minum saja…
Kerja bagai nak gila..
Sama sahaja…

Ulang * 2x

Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan…
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma…
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana…

tak tau nk gmbarkan camne bile pk pasal kerja. lagu di ats hmpir sama gn situasi ak bekerja di Dubai, UAE… huhu..

ak bertugas sebagai Quantity survey… skop kerja ak buat measurement untuk pr0jek Masdar Office… MASDAR ialah future energy compny Abu Dahbi. tapak pr0jek sebenarnya di Abu Dahbi. Tetapi, ak bekerja di site office Taisei corporation di Jabal Ali Doowntown. team QS ak terdiri dari 3 org yg diketuai oleh seorg Senior…. kami bekerja sebagai QS main contractor iaitu Taisei Corp. pr0jek sebesar berbilion dirhams ini sungguh mencabar dalam membuat measurment….

hari bekerja di sini sama seperti di Kelantan. biaselah Negara Islam. dari sabtu hingga khamis ak dok kerja… dar kul 8.30 ke 8 mlm ak kene kerja… hidupku penuh dgn kerja je. pernah gak 2 minggu kerja tanpa cuti.. keadaan begini berlanjutan selama sebulan. dari 31 Julai extend ke 23 ogos skung dgr cite tarikh submission tender di extend lg ke 28 ogos… penat… penat… drawing pula dah 2 kali revised. 2 kali measure bnde yg sama…

oleh kerana kerja ak ditahan disini selama 2 bulan… dan kerana kerja ak x bole cuti ke mana2. tapi sr0nok bekerja dgn pelbagai bangsa asing. dan pelbagai pengalaman juga dpt ak kutep dr sini… hehe~

naseb baek pr0jek da nk abez… so skjup je ak ke sini… hehe~ insya’Allah next tyme ak akn ke sini lagi utk menjlnkan pr0jek terbaru….

APA SEBENARNYA TERJADI DI IRAN?

•August 18, 2009 • Leave a Comment

~ by Hishamuddin Rais

Salah kalau kita mengatakan bahawa tunjukan perasaan di Tehran dan kota-kota lain di Iran sebagai protes hanya tentang pilihanraya sahaja. Hakikatnya Mahmoud Ahmadinejad telah menang.

Juga salah untuk mengatakan bahawa tunjuk perasaan ini antara golongan liberal yang menentang golongan konservatif alias kolot. Hakikatnya kedua-dua kumpulan yang sedang bertelagah sama-sama mewakili theocracy yang kolot.

Mir Hossein Mousavi sebelum ini pernah menjadi perdana menteri dari 31 Oktober 1981 hingga 3 Ogos 1989. Kemudian jawatan perdana menteri dilupuskan.

Memang betul Amerika Syarikat semenjak dari zaman George W Bush menganjurkan dan mengeluarkan dana untuk membuat kerja-kerja jahat terhadap Iran. Amerika Syarikat menyokong kumpulan-kumpulan dan parti-parti politik yang menentang kerajaan di Tehran. Ia memang tugas kuasa imperial Amerika Syarikat.

Tetapi Mousavi dan Ahamadinejad tidak pro-Amerika – ini amat jelas. Mereka bukan boneka Amerika.

Amerika Syarikat masih dianggap sebagai “setan dunia” oleh kelas pemerintah di Iran. Tidak ada pemimpin politiknya secara terang-terangan yang akan berani membuat dasar pro-Amerika kerana sebab-sebab sejarahnya.

Pada 1953, Mohammed Mosaddeq memenangi pilihanraya dan dilantik sebagai perdana menteri Iran. Mosaddeq yang menjalankan dasar nasionalis telah memiliknegarakan semua telaga minyak Iran. Mosaddeq akhirnya telah ditendang keluar.

Rampasan kuasa menendang Mosaddeq ini perancangan agensi perisikan CIA. Setelah Mosaddeq ditendang, syarikat minyak Anglo-Amerika dibawa masuk kembali.

Untuk menggantikannya, Shah Ahmad Reza Pahlavi dinobatkan oleh CIA sebagai raja sehingga tahun 1989 apabila revolusi Iran melupuskan sistem beraja di Iran.

Maklumat ini fakta sahih. Pada 4 Jun lalu, presiden Amerika Syarikat yang baru Barack Obama sendiri mengakui perkara ini dalam ucapan di Kaherah. Ucapan Obama kepada “warga Islam” sejagat dibuat dalam usaha Amerika ingin berbaik-baik kembali dengan Iran.

Mari kita memahami siapa penyokong Ahmadinejad dan siapa pula penyokong Mousavi.

Semua yang menyokong Mousavi dan Ahmadinejad adalah orang Iran atau Parsi. Mereka semua beragama Islam – aliran Syiah. Hanya wujud kumpulan kecil di beberapa wilayah seperti di Baluchistan yang bermazhab Sunni.

Mereka ini amat bersedia untuk menjadi khadam Amerika. Dua minggu sebelum pilihanraya dijalankan, ada letupan bom di Zehdan – ibu kota Baluchistan. Pengeboman ini kerja barua Amerika. Hakikatnya mazhab Sunni amat kecil untuk dapat melakukan apa-apa perubahan sosial.

Jadi apa sebenarnya yang berlaku di Tehran?

Semua analisis akhiranya menjurus kepada kepentingan ekonomi dan kelas.

Ahmadinejad mewakili golongan bawahan – kaum tani di kampung-kampung dan kaum buruh di kota. Wajib difahami bahawa Iran bukan Tehran sama seperti Kuala Lumpur bukan Malaysia. Kaum tani dan kaum buruh ini dimanifestasikan melalui organisasi Basij.

Basij asalnya kumpulan anak-anak muda kampung dan anak muda miskin kota yang direkrut ketika Iran dan Iraq berperang – 1980-1988.

Basij berasal dari kumpulan sukarelawan tetapi dua tahun lalu ia diserap dalam pentabiran Ahmadinejad, sebagai presiden. Basij mendapat kontrak pembangunan, lesen-lesen dan memegang jawatan di lembaga-lembaga di beberapa pusat pentabiran kerajaan yang ditubuhkan oleh Ahmadinejad.

Lembaga ini samalah seperti perbadanan kemajuan ekonomi negeri atau SEDC yang ditubuhkan oleh perdana menteri Razak Hussein dahulu.

Ahmadinejad juga mendapat sokongan Pasdaran atau soldadu Penjaga Revolusi. Ia adalah pasukan tentera yang muncul di zaman Ayatolah Khomeini untuk memantapkan revolusi.

Pasukan ini muncul sesudah revolusi untuk membersihkan tentera Iran di bawah pentadbiran Shah yang banyak menjadi tali barut Amerika Syarikat. Pasukan Pasdaran ini mendewasa dalam kancah perang Iran-Iraq.

Basij dan Pasdran kini asas sokongan yang amat kuat untuk Ahmadinejad di kawasan luar bandar dan kawasan miskin di kota. Kuasa ekonomi baru Basij yang telah dilembagakan ini mula menghakiskan dua kumpulan kelas ekonomi lama.

Kumpulan pertama adalah kelas borjuis industri yang diwakili oleh Rafsanjani, seorang multibilionaire.

Rafsanjani – wakil kelas borjuis nasional – melihat dasar Ahmadinejad telah mengetatkan lagi sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat terhadap Iran.

Rafsanjani taukeh kacang Pastichio ini sedang melihat bertan-tan kacangnya tidak dapat dieksport. Kelas ini juga ingin berkembang luas – dari borjuis nasional untuk menjadi pemodal yang besar – multinasional – untuk mencari pasaran dunia.

Mereka juga bercita-cita untuk menjadi kelas industri tetapi telah gagal kerana wujudnya sekatan ekonomi.

Kumpulan kedua pula adalah apa yang dikenali sebagai Bazaari – ini kelas lama yang mucul dari zaman feudal. Bazaari adalah peniaga tradisional. Kalau di Malaysia mereka ini peniaga-peniaga Cina yang memiliki jaringan kedai-kedai perniagaan.

Bazaari muncul sebagai kelas ekonomi yang kuat kerana mereka memonopoli dan mengendalikan jual beli di Iran. Ketika gerakan anti-Shah dahulu, kumpulan Bazaari ini menyokong Ayatolah Khomeini sehinggkan Iran menjadi lumpuh dan Ahmad Reza Pahlavi lari.

Kelas bazaari ini juga memiliki pertalian yang amat kuat dengan struktur Syiah yang berpusat di Qum, kota suci penganut Syiah. Mereka memerlukan satu sama lain.

Golongan agamawan di Qum memerlukan sokongan ekonomi alias duit kelas bazaari. Kelas ini pula memerlukan fatwa untuk “menghalalkan” apa sahaja perniagaan mereka, termasuk pelacuran yang ditafsirkan sebagai “nikah sementara”.

Kelas peniaga kecil ini melihat perniagaan di bazar mereka terbantut dan kelas mereka tidak dapat berkembang. Pelancong tidak masuk. Permaidani mereka tidak terjual dan tidak dapat dieksport.

Kelas bazaari yang komprador – yang bergantung perniagaan dengan peniaga luar – kini melihat barangan mereka amat susah untuk diimport atau dieksport kerana sekatan ekonomi.

Justeru amat jelas ada pertentangan kelas di sini. Ada pertentangan kepentingan ekonomi. Kumpulan borjuis lama – borjuis nasional dan kelas komprador yang diwakili oleh Rafsanjani-Mousavi sedang bertempur dengan kumpulan ekonomi kelas baru – kapitalis daulah yang diwakili oleh Ahmadinejad.

Justeru, keadaan ini membuktikan bahawa apa yang berlaku di Iran sekarang tidak ada sangkut-paut dengan Islam, dengan mazhab Syiah atau dengan agama.

Krisis di Iran hari ini adalah pertentang kelas dan perebutan ekonomi.

Jangan kita lupa, ada lagi satu kumpulan – monarki – saki-baki penyokong Shah Ahmad Reza Pahlevi. Mereka ini kelas feudal yang sedang menggelabah seperti polong tidak bertuan.

Tuannya Reza Pahlavi anak Shah kini tinggal di Kaherah kerana menjadi menantu Anwar Sadat, bekas presiden Mesir.

Kumpulan feudal kelas elit atasan ini bersarang di bahagian utara Tehran – kawasan ini samalah seperti Bukit Kenny di Kuala Lumpur atau Country Height di Kajang.

Kumpulan ini berkumpul bawah televisyen satelit yang dimiliki oleh Reza Pahlavi yang dipancarkan dari Kaherah.

Kelas feudal dan elit atasan ini – kumpulan Gucci dan Louis Vuitton – ini tidak ada sangkut-paut dengan demokrasi. Mereka ini lintah darat yang hidup senang-lenang ber-shopping di hujung minggu di London dan Paris di zaman Shah dahulu.

Mereka ini sama dengan kaum keluarga anak beranak kroni-kroni Mahathir Mohamad. Mereka melihat “gaya hidup” mereka menjadi kacau-bilau sesudah berlakunya revolusi tahun 1979.

Jadi, siapakah pula yang berdemonstrasi di jalan raya yang membantah keputusan pilihanraya?

Semua yang kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka tidak selari dengan dasar Ahmadinejad sedang turun bermandi darah di jalan raya.

Mereka bersatu bawah bendera dan slogan “undur-undur Ahmadinejad”. Ia sama seperti slogan zaman Reformasi (1998) ketika rakyat satu Malaysia berdemonstrasi untuk menjatuhkan regim Mahathir.

Awas! Dari semua kumpulan ekonomi ini ada lagi satu kumpulan. Mereka ini kumpulan anak-anak muda yang tidak memiliki kepentingan ekonomi atau kelas.

Mereka inilah yang gugur ditembak oleh peluru Basij. Mereka inilah yang sedang bertempur dengan tentera dan polis antirusuhan.

Anak-anak muda ini datang dari semua kelas. Mereka adalah kaum pelajar muda. Mereka juga adalah “penanam anggur” yang tidak memiliki kerja dan masa depan.

Mereka melihat Ahmadinejad sebagai musuh yang mengganggu-gugat gaya kehidupan muda mereka. Mereka adalah Mat Rock dan Mat Kool dari utara Tehran. Mereka juga Mat Rempit dari kawasan miskin wilayah selatan Tehran.

Mereka sedang mendobrak segala nilai kolot yang menyusahkan kehidupan harian mereka. Mereka adalah generasi Myspace, Facebook dan Friendster.

Ibu bapa mereka adalah Siti Internet dan Lebai Google. Bapa saudara mereka adalah Blogspot Dot Com. Mereka adalah pembuat filem di YouTube. Mereka adalah wartawan SMS dan Twitter.

Mereka bermazhab Ali Shariati, tokoh sarjana yang membakar semangat kebebasan. Mereka menganuti fahaman Mao, Lenin, Bakunin dan Che Guevara.

Seperti biasa anak-anak muda inilah yang menjadi barisan hadapan untuk membawa perubahan. Mereka jugalah yang sedang bermandi darah membuka harapan baru untuk Iran.

Mereka ingin membebaskan Iran daripada theocracy yang kolot.

Hakikatnya dasar Ahamadinejad dan dasar Mousavi tidak ada bezanya. Dasar ini ingin men-tua-kan naluri muda mereka. Di tahap sejarah pada Jun 2009 ini, anak-anak muda ini sedang berpayung bawah lambang Mousavi kerana pekikan perjuangan yang dilaungkan olehnya.

Untuk sementara waktu, Ahmadinejad adalah presiden Iran yang terbukti telah menang dalam pilihanraya. Ahmadinejad akan terus berkuasa. Amerika Syarikat bawah Barack Obama – untuk kepentingan berjangka panjang – tidak akan menggugat Iran.

Waspada! Iran memiliki tradisi perjuangan dan tamadun yang lama. Ia memiliki tradisi Tudeh yang memimpin kaum buruh di industri minyak. Iran, memiliki tradisi Fedayeen Al-Khalaq.

Iran memiliki tradisi Mujahideen Al-Khalaq. Iran memiliki tradisi tempur Syiah yang dinobatkan sebagai Islam Kiri oleh Ali Shariati.

Tiga kumpulan inilah penyusun dan penjana awal revolusi Iran 1979 sebelum dirampas oleh Ayatollah Khomenei yang dilihat oleh kuasa Anglo-Amerika pada ketika itu sebagai kuda yang lebih selamat.

Akhirnya anak-anak muda ini akan mengundur dan menilai kembali garis perjuangan mereka. Yakinlah dalam masa yang tidak lama akan muncul kembali satu pertempuran yang lebih tersusun.

Anak-anak muda di mana sahaja di dunia ini akan berkumpul apabila terdengar pekikan perjuangan. Ia adalah sifat dan naluri anak muda. Anak-anak muda di Iran memiliki waktu untuk menunggu.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.